Thursday, 31 March 2011

Mak Cik Oh Mak Cik

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! Leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... Malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... Hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'Macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
Bas tu berlangsir. 'Alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'Kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit. 'Sapa yg *^%$#*&! ludah kat luar tadi hahhh !!!! Baik korang ngaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'Makcik ni apahal bangun?! Duduk!!!'' jerit Mamat ni. 'Cepat!! Ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
  'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!

Tuesday, 29 March 2011

Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik", kata pak cik tersebut, "Duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Monday, 28 March 2011

Lawak Bahasa Inggeris

1. When ur life is in darkness... ...
Pray 2 God and ask Him 2 free u from darkness... .. and
If u r still in darkness..Pls pay ur TNB bill.

2. When a man opens the door of his car for his wife,
You can be sure of one thing;
Either the car is new or the wife.

3. An angry china man entered a shop and shouted :
Where's my free gift with this cooking oil?
Shopkeeper : What free gift??
China man : Oi, here got put "Cholesterol FREE!"

4. If u need ADVICE, SMS ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, TerimaKasih.

Rokok Dan Motosikal

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”
m
Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”

Zinadine Zidane

Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!!kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa prancis)

Zidane yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Zidane!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”

Sunday, 27 March 2011

Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."