Friday, 8 April 2011

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil menjeling 'kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Sunday, 3 April 2011

Jaga kau Harun

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. Sebelum aku mati nanti.. Aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. Cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. Kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" Dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa
aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.

Saturday, 2 April 2011

Ahli Falsafah, Pakar Matematik & Pelawak

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. Seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek..
Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab.. Kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum..”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan..“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..” Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. “Cuba jawab 1253x254-45557+(5454x25451) dalam masa 5 saat..” Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata..“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak pon di bebaskan..

Friday, 1 April 2011

Seduttt

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

Thursday, 31 March 2011

Mak Cik Oh Mak Cik

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! Leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... Malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... Hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'Macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
Bas tu berlangsir. 'Alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'Kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit. 'Sapa yg *^%$#*&! ludah kat luar tadi hahhh !!!! Baik korang ngaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'Makcik ni apahal bangun?! Duduk!!!'' jerit Mamat ni. 'Cepat!! Ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
  'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!

Tuesday, 29 March 2011

Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik", kata pak cik tersebut, "Duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".