Friday, 8 April 2011

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil menjeling 'kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Sunday, 3 April 2011

Jaga kau Harun

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. Sebelum aku mati nanti.. Aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. Cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. Kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" Dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa
aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.

Saturday, 2 April 2011

Ahli Falsafah, Pakar Matematik & Pelawak

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. Seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek..
Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab.. Kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum..”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan..“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..” Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. “Cuba jawab 1253x254-45557+(5454x25451) dalam masa 5 saat..” Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata..“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak pon di bebaskan..

Friday, 1 April 2011

Seduttt

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

Thursday, 31 March 2011

Mak Cik Oh Mak Cik

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! Leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... Malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... Hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'Macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
Bas tu berlangsir. 'Alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'Kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit. 'Sapa yg *^%$#*&! ludah kat luar tadi hahhh !!!! Baik korang ngaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'Makcik ni apahal bangun?! Duduk!!!'' jerit Mamat ni. 'Cepat!! Ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
  'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!

Tuesday, 29 March 2011

Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik", kata pak cik tersebut, "Duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Monday, 28 March 2011

Lawak Bahasa Inggeris

1. When ur life is in darkness... ...
Pray 2 God and ask Him 2 free u from darkness... .. and
If u r still in darkness..Pls pay ur TNB bill.

2. When a man opens the door of his car for his wife,
You can be sure of one thing;
Either the car is new or the wife.

3. An angry china man entered a shop and shouted :
Where's my free gift with this cooking oil?
Shopkeeper : What free gift??
China man : Oi, here got put "Cholesterol FREE!"

4. If u need ADVICE, SMS ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, TerimaKasih.

Rokok Dan Motosikal

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”
m
Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”

Zinadine Zidane

Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!!kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa prancis)

Zidane yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Zidane!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”

Sunday, 27 March 2011

Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Pak Pandir & Tv Warna..

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Penjual : #%@$@&*

Kubis Yang Hilang...


Ada dua biji kubis pergi mendaki gunung. Hari itu cuaca sangat panas. Mereka berasa penat dan panas. Tiba-tiba salah sebiji kubis pun bercadang membuka baju mereka sambil mendaki gunung dengan alasan akan meringankan beban dan tak rasa begitu panas. Satu lagi kubis pun bersetuju.

Mereka mendaki dan membuka baju......

mendaki......
membuka.....
mendaki......
membuka.....
mendaki.....
membuka....

akhirnya......... 

****Kubis pun hilang*********

Demi Kehidupan..


Ada seekor tikus yang bijak. Bila ia terdengar suara kucing, ia akan menyembunyikan diri.

Suatu hari, tikus ini mendengar suara kucing dan ia cepat-cepat menyembuyikan diri. Tidak lama kemudian, tikus itu mendengar suara anjing. Tikus memikirkan bahawa anjing sudah datang, kucing mesti akan larikan dari. Tikus pun keluar dari lubang.

Tiba-tiba kucing menangkap tikus tersebut. Tikus terperanjat dan bertanya kenapa boleh macam ini.

Kucing menjawab, " Demi kehidupan, terpaksa juga kita belajar bahasa asing... "
Tikus, " ^%&*$# "

Saturday, 26 March 2011

Penyakit Suami...

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan," kata doktor.


"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.


Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"


"Kamu akan meninggal..."

Friday, 25 March 2011

Boboi oh Boboi..

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia... "Mak.. Boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi, "Boboi.. Lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya.. "Nenek... Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si Boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...

"Ummm... Yerlah Boboi... Boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

Interview

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : Daud...

Pegawai : Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!

Daud : Saya 2 beradik.. Adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : Yes Sir ..

Pegawai : Now tell me about your family in English..

Daud : Sorry Sir .. I don't have family in English ... They're all living in Malaysia..

Thursday, 24 March 2011

Nurse & Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan. Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan. Nurse itu bertanya. "Encik, kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata. "Sebenarnya... Saya selalu berfantasi.. Maaf ya... Saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! Tak der masalah... Encik boleh mencium saya.. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata..."Iya...Iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... Saya merasa bersalah... Sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... Saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Ganu Vs Kelate

Menantu Terengganu : Mok...! Kalu mok gi kedaa! Tolong beli 'ketang' 4 kilo...! Nanti kito bayar...

Mentua Kelantan : Bereehhh...

Selepas Mentua pulang dari kedai....

Menantu Terengganu : Looo...! Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang) banyok-banyok nih...!

Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete(ubi kentang)! Pah tu kete mano pulakkk...!

Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit(ketam)...

India Vs Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada konduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Wednesday, 23 March 2011

Boss Oh Boss!

Ni kisah sorang bos yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan
selalu cuai dan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit masa
firstday dia kat kompani tu. So, sape-sape yang dia nampak paling
pemalas, dia akan pecat on the spot.
Nak jadikan cerita, memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok nyandar kat tepi dinding.
“YANG BERBAJU HITAM TU!” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
“Bape gaji awak?” dia bertanya dengan nada yang agak keras.
Pekerja tu menjawab “Dalam RM800;
“NAH AMBIK RM800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI KERJA TEMPAT LAIN”
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua
pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.
Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu.
“Mamat tadi tu kerja department mana?”
Jawab si pekerja,”Owh, dia tu anto pizza”.
“Haa!!! Anto piza????? “

Tuesday, 22 March 2011

Segalanya Hitam !

Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang budak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapa mereka.

Budak 1 : " Bapak aku kelmarin sedang mengupas epal, tangannya terluka, DARAH nya HITAM!!!!..."

Budak 2 : " Ayah aku semalam sedang betulkan antena, dia terjatuh sampai patah tulang, TULANG nya HITAM !!!"

Budak 3, tak mahu mengalah : "Hm.. itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV diruang keluarga, tiba-tiba bapak aku KENTUT, tiba tiba seluruh ruangan tu jadi GELAP !!!!!!"

Sosej Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia .

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak  sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk.. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Monday, 21 March 2011

Raja, Kuda dan Budak

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai gile. Suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi. Itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian. Makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa, nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu. Ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya. Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Teh Panas & Teh Sejuk

Di suatu pagi yg menyinar..

Di warung kopi, terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. Apabila tuan warung ingin mengambil order. Bertanyalah org asli ini. "Berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk?". Jawab tuan warung, "teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..." Maka org asli tersebut meminta teh panas..

Apabila teh panas telah sampai. Cepat² org asli tersebut meminumnya sampai habis. Pelik tuan warung melihatnya. Lalu beliau bertanya, "Kenapa kamu minum terlalu cepat, tak rase panas ke?". Jawab si org asli tersebut, "Emm.. Mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20. Saya ada Rm 0.70 je.."

Tuan warung pun tersengih..

Sunday, 20 March 2011

Selamat Datang

Hai halloo haii~
Sy baru lagi dlm blogging neh.. Saje je wat blog ne.. Just nk happy² je.. Pada yg suke baca lawak²jenaka tu,singgah²la blog ne slalu ek? Insha`Allah akan di update slalu.. Mane² yg da pena baca lawak²dlm ne,sowie la.. :)